PELAKSANAAN PROGRAM NILAM DAN PEREKODAN BACAAN DI SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Salam sejahtera.

Makluman kepada sekolah ahli Pusat Kegiatan Guru Tamparuli.

Merujuk kepada surat daripada Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia Ruj. KPM.600-8/20/4(18) brtarikh 05 Ogos 2019 dan surat daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Ruj. BTPN(SAB)8800/36/4Jld.11(47) pada 23 September 2019. Adalah dimaklumkan bahawa semua sekolah hendaklah mengambil tindakan terhadap makluman yang diberikan.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Tamparuli En. Rodymond G. Omar di talian 088-783297 atau Pegawai Teknologi Pendidikan En Junaidi bin Hj Adam dan En Patrict bin Peter Muji di talian 088-722742/710934, Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan.

Lampiran Surat makluman:

  1. Surat NILAM dari TKPPM-1
  2. Surat NILAM dari TKPPM-2
  3. Surat NILAM dari TKPPM-3
  4. Surat NILAM dari TKPPM-4 (Lampiran)
  5. Surat NILAM Sept 2019-Pengarah JPNS
  6. Perekodan_murid-Final 1

Sekian. Terima kasih.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

BORANG MAKLUMAT ASAS SEKOLAH TAHUN 2019

Salam sejahtera dan Selamat Tahun Baru 2019.

Berikut disertakan link bagi tuan/puan yang ingin memuat turun Borang Maklumat Asas Sekolah Tahun 2019.

Muat turun di sini>>> BORANG MAKLUMAT ASAS SEKOLAH 2019

Mohon kerjasama sekolah ahli sekolah PKG Tamparuli melengkapkan Borang Maklumat Asas Sekolah Sesi 2019 bagi kegunaan kami untuk mengemaskini maklumat semasa terutamanya pengurusan PSS/ICT sekolah.

Muat turun di sini>>> SURAT MAKLUMAN KEPADA SEKOLAH

Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

SELAMAT TAHUN BARU 2019

 

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment

PENGISIAN DATA PERBELANJAAN PCG PUSAT SUMBER SEKOLAH SEHINGGA OKTOBER 2018

Salam sejahtera.

Makluman kepada sekolah ahli Pusat Kegiatan Guru Tamparuli.

Merujuk kepada surat daripada Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia Ruj. KPM 800-4/1/4 Jld 35(56) brtarikh 20 September 2018. Adalah dimaklumkan bahawa Pengisian Data Perbelanjaan PCG Pusat Sumber Sekolah Sehingga Oktober 2018 hendaklah dilaporkan bagi tujuan pemantauan penggunaan PCG mengikut Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2012. Data tersebut perlu dihantar pada atau sebelum 29 Oktober 2018 (Isnin).

Sila Muaturun Surat Arahan Pengisian Data Perbelanjaan PCG Pusat Sumber Sekolah Sehingga Oktober 2018 di Sini.

Butiran URL bagi pengisian data tersebut adalah seperti berikut: http://gg.gg/bzbl7

Kerjasama dan perhatian tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment

PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) TAHUN 2018

Salam sejahtera,

PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan penarafan Pembestarian Sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) mulai 16 Julai hingga 30 Ogos 2018 untuk mengukur tahap pembestarian sekolah-sekolah Malaysia yang boleh digunakan sebagai salah satu indikator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, khususnya Anjakan 7, Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia serta menjadi input kepada pelbagai program Pembestarian Sekolah dalam pembangunan sumber manusia dan tenaga kerja yang berteraskan pengetahuan (k-economy).

Bersama-sama ini dipanjangkan surat arahan daripada Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM.600-11/1/4 Jld.2(24) khusus tentang perkara berkaitan untuk tindakan pihak tuan.

Sehubungan itu, sekolah dibawah seliaan PKG Tamparuli, Sabah, dipohon untuk mengisi penarafan SSQS 2018 secara dalam talian mulai 16 Julai hingga 30 Ogos 2018.

URL: http://best.moe.edu.my/ssqs/sabah/

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke PKG Tamparuli di talian 088-783297 (En. Rodymond G. Omar atau Pn. Emiliana bt Ali Aziz)

Sekian, terima kasih.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

JEMPUTAN PENYERTAAN PERTANDINGAN PENGHASILAN FILEM PENDEK/ANIMASI SEMPENA “SABAH SCREEN FEST”

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut disertakan surat jemputan penyertaan pertandingan penghasilan filem pendek untuk semua sekolah bagi memantapkan lagi kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar.

Surat SSF Peringkat Sekolah 2018

Posted in Uncategorized | Leave a comment

PERLAKSANAAN STANDARD KOMPETENSI DIGITAL MURID TAHUN 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berikut disertakan surat perlaksanaan kompetensi digital sekolah untuk makluman semua sekolah

SURAT PELAKSANAAN_STANDARD_KOMPENTENSI 2018

Posted in Uncategorized | Leave a comment

PELAKSANAAN PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA (KM1M) 2018

Selamat sejahtera,

Berikut disertakan surat makluman pelaksanaan Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) 2018 untuk makluman sekolah-sekolah PKG Tamparuli.

Sekian.

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA EN. MABRY MILLER MIKE IKOL

Kami warga PKG Tamparuli mengucapkan selamat tinggal dan selamat berpisah kepada Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP) En. Mabry Miller Mike Ikol yang memulakan tugas di tempat baharu di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah (BTPN Sabah) bermula pada 19.03.2018. Sampai berjumpa lagi.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

BORANG MAKLUMAT SEKOLAH TAHUN 2018

Salam sejahtera dan Selamat Tahun Baru 2018.

Berikut disertakan link bagi tuan/puan yang ingin memuat turun Borang Maklumat Asas Sekolah Tahun 2018.

Muat turun di sini>>> BORANG MAKLUMAT ASAS SEKOLAH 2018

Mohon kerjasama sekolah ahli PKG Tamparuli melengkapkan Borang Maklumat Asas Sekolah Sesi 2018 bagi kegunaan kami untuk mengemaskini maklumat semasa terutamanya pengurusan PSS/ICT sekolah.

Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

Posted in Uncategorized | Leave a comment